3 Prinsip Penting Semasa Menegur Kesalahan

Dalam isu menegur kesilapan dan kesalahan, Nabi Muhammad berpegang kepada tiga prinsip di bawah ini:

PRINSIP PERTAMA 

Menjaga maruah dan air muka orang yang melakukan kesilapan ataupun kesalahan adalah lebih utama dibandingkan dengan menegur kesalahan dan kesilapan orang itu. 

Dalam bahasa mudah, jangan memalukan orang, mesti jaga aib orang itu. Teguran boleh dilakukan pada masa lain yang lebih sesuai.

PRINSIP KEDUA

Apabila kesalahan itu dilakukan di hadapan orang lain, beliau tidak tegur.

Contohnya, semasa Hafsah melakukan kesalahan menghina Sofea, Nabi tidak tegur Hafsah kerana waktu itu ada Sofea di situ. Dalam kes itu Nabi tidak
memalukan Hafsah di hadapan madunya, Sofea. Padahal, waktu itu tidak ada orang asing di situ, hanya sesama isteri-isteri Nabi sahaja.

Dalam situasi macam itu sekalipun, Nabi tidak tegur kesilapan Hafsah kerana ia memalukan Hafsah di depan Sofea. Maksudnya, Nabi tidak tegur seorang anggota keluarganya sendiri di depan anggota keluarga lain.

PRINSIP KETIGA

Apabila pada waktu kesalahan itu dilakukan, tidak ada orang lain di situ, barulah Nabi tegur. Contohnya dalam kes Nabi tegur kesilapan Asma yang
memakai baju daripada kain nipis.

Pada waktu itu tidak sesiapa di situ, hanya Nabi dan Asma sahaja. Kita tahu peristiwa itu pernah berlaku kerana Asma sendiri yang melaporkan kepada perawi hadith. Andainya Asma tidak menceritakannya sendiri kepada orang lain maka tidak ada sesiapa yang tahu Nabi pernah menegur pakaiannya.

PENUTUP

Pada masa ini perangai suka menegur orang secara terbuka di khalayak semakin menjadi-jadi dengan terciptanya pelbagai teknologi media sosial.

Kesannya sangat buruk sekali. Orang bergaduh, bermusuh, berpecah-belah, mengalami tekanan jiwa, malah boleh menjadi sampai murung akibat membaca tulisan dan menonton video di mana mereka menjadi sasaran teguran dan kritikan dalam media sosial.

Atas nama menegur demi kebaikan, dan atas nama membela kebenaran, mereka mendedahkan aib dan menjatuhkan maruah orang yang ditegur. Mereka menegur kesalahan orang dengan cara melakukan kesalahan mendedahkan aib orang itu, suatu kesalahan yang mungkin lebih berat dibandingkan kesalahan yang ditegurnya.

BELAJAR TEKNIK MENEGUR TANPA MENCEDERAKAN EMOSI

MODUL 1 : Mengapa Teguran Ketua Tidak Efektif

MODUL 2 : Ciri-Ciri Ayat Teguran Yang Mencederakan Emosi

MODUL 3 : Ciri-Ciri Ayat Teguran Yang Betul Dan Berkesan

MODUL 4 : Bilakah Masa Dan Situasi Yang Sesuai Untuk Menegur

MODUL 5 : Jenis-Jenis Kesilapan Yang Boleh Ditegur Dan Tidak Boleh Ditegur

MODUL 6 : Mencipta Skrip Kata-Kata Teguran

Klik butang di bawah untuk maklumat lanjut :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top