Kita orang bisnes, sangat penting kita mempunyai personaliti yang very likeable, atau amat mudah disukai.
Seseorang itu dikatakan very likeable apabila orang-orangyang baru berkenalan pun sudah suka padanya.
Contohnya, pada pertama kali kita berkenalan dengan seseorang itu, kita sudah suka padanya. Itulah orang yang very likeable.
Individu yang likeable mudah menjalin hubungan baik dengan sesiapa sahaja yang baru dkenalinya.
Ciri personaliti macam itu memudahkan kita membina networking, mendapatkan partners, pelanggan, dan pembeli.
Viktor Sander pernah menjalankan kajian tentang ciri-ciri personaliti yang disukai.
Survei di US itu dijalankan dengan 1042 orang responden. Responden ditanya apakah ciri-ciri orang yang mereka sukai dan tidak sukai.
Di bawah ini adalah dapatan ciri-ciri personaliti yang membuatkan seseorang itu mudah disukai:
i. Be funny, atau pandai berseloroh.
ii. Be a good listener, atau pandai mendengar.
iii. Don’t judge, atau tidak suka menghukum.
iv. Be authentic, atau tidak pura-pura.
v. Show people that you like them, atau tunjukkan kepada orang bahawa kita suka pada mereka.
vi. Smile, atau senyum.
vii. Be humble, atau merendah diri.
viii. Keep your promises, atau menepati janji.
Kajian itu juga mendapati 3 ciri di bawah ini tidak berapa penting dalam membuatkan seseorang itu mudah disukai:
i. Pemurah
Hasil kajian itu mendapati orang yang pemurah belum tentu dia amat disukai.
Sifat pemurah memerlukan modal material. Kita memerlukan duit bagi menjadi orang yang pemurah. Jika duit kita sedikit, sukar hendak menjadi sangat pemurah.
Bagi kita yang tidak banyak duit, dapatan kajian itu adalah berita bagus.
Maksudnya, tanpa menggunakan banyak duit, kita masih boleh menjadi seorang yang very likeable.
Biarpun kita tidak mampu memberi banyak hadiah, dan tidak mampu selalu belanja kawan makan, kita masih berpeluang mempunyai banyak kenalan, kawan, peminat, dan penyokong.
ii. Pandai Memuji
Ini satu lagi berita bagus. Bukan semua orang pandai memuji. Kita pun mungkin tidak pandai memuji.
Bermakna, meskipun mulut kita tidak pandai memuji, kita masih boleh menjadi orang yang sangat popular, yang banyak kenalan dan kawan. Kita masih boleh mempunyai network yang luas.
Dari sudut likeability, setakat kita tidak pandai memuji itu tak apa-apa. Yang penting kita tidak banyak komplen, tidak suka membebel, menegur, mengumpat ataupun mengkritik orang.
iii. Sikap Tenang
Kita kerap dengar kata-kata ‘orang tenang akan menang’. Perkara itu ada betulnya. Apabila kita tenang, fikiran kita lebih rasional.
Namun, dapatan kajian itu mengatakan sikap tenang tidak membantu menjadikan kita seorang yang very likeable. Perkara ini pun ada betulnya.
Apabila kita terlalu tenang, kita tak banyak ambil tahu hal orang, kita banyak diam sahaja.
Sikap kita yang tenang itu membuat orang pandang kita macam tak ambil peduli, tak kisah hal orang, cuma pentingkan urusan sendiri, tak kasihan, kurang empati.
Pandangan macam itulah yang membuatkan kita kurang mudah disukai.
Ada 2 lagi dapatan yang menarik dalam hasil kajian itu:
i. Dibandingkan dengan perempuan, lelaki yang pandai mendengar lebih mudah disukai.
ii. Bagi perempuan pula, perempuan yang pandai berseloroh lebih mudah disukai dibandingkan perempuan yang tidak pandai berseloroh, yang serius.
Nota: Kajian itu dijalankan di US. Tentu ada sedikit sebanyak perbezaan dengan situasi di sini.
JEMPUT DAFTAR PRIVATE CIRCLE KETUA PEREMPUAN

