Ramai ketua perempuan sukar memberi maklum balas kerana bimbang melukakan hati staf atau mencetuskan konflik.
Namun, tanpa maklum balas yang berkesan, staf tidak tahu di mana silap mereka — dan potensi pasukan pun tidak berkembang.
Dalam kursus ini, anda akan pelajari teknik memberi maklum balas secara berhemah, tegas dan membina — agar prestasi staf meningkat, dan hubungan kerja juga bertambah baik.
Majoriti ketua perempuan berhadapan dengan isu untuk memberi maklum balas kepada orang bawahan.
Ini antara isu-isu yang sering berlaku :
Ini antara kelebihan apabila Ketua Perempuan Mahir Memberi Arahan Kepada Orang Bawahan
Staf lebih terbuka apabila mereka tahu ketua mereka mendengar dan memberi respon yang membina.
Teguran yang profesional mengelakkan perasaan simpan dalam hati, iri hati dan ‘silent protest’ dalam kalangan staf.
Maklum balas yang jelas memberi arah kepada staf apa yang perlu diperbaiki atau dikekalkan.
Apabila maklum balas diberikan dengan cara yang betul, staf tidak mudah terasa atau melenting.

Ketua yang hanya mahu bercakap tanpa mahu mendengar tidak akan dihormati staf.
Dalam modul ini, anda akan belajar bagaimana untuk mendengar secara aktif dan profesional — supaya staf rasa didengari tanpa perlu membiarkan aduan mereka menjadi toksik dalam pasukan.

Maklum balas yang tidak kena gaya boleh buat staf merajuk, menjauhkan diri atau terus hilang motivasi.
Modul ini membantu anda memberikan maklum balas yang tegas tetapi tidak menghukum — supaya staf faham apa yang perlu diperbaiki tanpa terasa dijatuhkan.

Ketua yang bijak tahu cara menghargai staf tanpa mencetuskan drama dalaman.
Modul ini akan membimbing anda untuk mengiktiraf pencapaian staf dengan cara yang seimbang dan matang — supaya semangat seluruh pasukan meningkat, bukan hanya individu tertentu.

Puan Suhaili Ikhsan, berkelulusan Ijazah Sarjana Kualiti dan Peningkatan Produktiviti, UKM dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Industri) dengan Kepujian, UKM.
Memulakan bisnes beliau sejak tahun 2000. Pada waktu itu beliau mengusahakan bisnes tadika dan pusat tuisyen sendiri.
Selama 14 tahun berkecimpung dalam bidang pendidikan dan pengasuhan awal kanak-kanak, beliau pernah menjadi jurulatih kepada ribuan pendidik awal kanak-kanak di seluruh negara.
Sejak 2010, beliau menumpukan keseluruhan usaha beliau untuk membantu pemilik perniagaan melalui kursus, program keusahawanan, seminar, serta personal coaching.
Beliau kini dilantik sebagai CEO Kumpulan Pendidikan ABS yang dipengerusikan oleh Puan Ainon Mohd.
Pada tahun 2017, kumpulan tersebut mencatatkan perkembangan sebanyak 222% daripada awal penubuhannya pada tahun 2015.

Puan Nurhidayah Jaafar, merupakan konsultan dan jurulatih bertauliah dalam bidang komunikasi dan kepimpinan berpengalaman sejak 2012 hingga kini.
Sepanjang 11 tahun dalam bidang ini, beliau sudah melatih lebih 5,000 orang dalam sektor awam, korporat, badan sosial dan pasukan bisnes kecil.
Pada tahun 2017, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi, ABS Edu Consult PLT iaitu salah sebuah anak syarikat ABS Education Sdn. Bhd.
Kini beliau fokus dalam bidang latihan dan perundingan.
Pasukan beliau giat mengkaji dan membangunkan modul baharu untuk industri latihan kepimpinan, komunikasi dan pendidikan.
Aktif berkongsi di media sosial dan beliau sudah menulis 7 buah buku fizikal dan digital.
Boleh ikuti perkongsian beliau di Facebook dan Tiktok: Nurhidayah Jaafar.
Berikut merupakan maklumat penuh kursus
Bagi anda yang mahu ulang kaji atau takut terlepas sesi, boleh dapatkan Pakej Rakaman dengan tambahan RM30 sahaja.
Anda juga layak untuk dapat akses ke group support secara percuma.
1. Anda akan terima content berkaitan kepimpinan, membina pasukan hampir setiap hari.
2. Anda boleh bertanya soalan kepada orang yang betul, jurulatih kepimpinan bertauliah (20+ tahun pengalaman).
Berikut merupakan pakej yang anda boleh pilih.