Kelas Akan Bermula
23 APRIL 2025

Hari
Jam
Minit
Saat

KURSUS ONLINE

Kemahiran Mengurus Staff Berbeza Generasi

Dalam dunia kerja hari ini, seorang ketua perlu mengurus pasukan yang terdiri daripada pelbagai generasi — dari Gen X, Gen Y hingga Gen Z. Setiap kumpulan umur mempunyai gaya kerja, nilai dan cara komunikasi yang berbeza.

Kursus ini membantu ketua perempuan memahami perbezaan generasi dan menguasai kemahiran untuk mengurus, memberi arahan, dan berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan semua jenis staf. Hasilnya, pasukan menjadi lebih harmoni, produktif, dan mudah diurus.

Situasi & Isu Kebanyakan ketua wanita

Majoriti ketua perempuan berhadapan dengan isu untuk mengurus staff berbeza generasi.

Ini antara isu-isu yang sering berlaku :

Kelebihan menyertai KURSUS ini

Ini antara kelebihan apabila Ketua Perempuan dapat Mengurus Staff Mengikut Generasi

Bila setiap staf dipimpin dengan pendekatan yang sesuai, mereka akan lebih selesa, lebih fokus dan lebih komited dalam menjalankan tugasan – hasil kerja juga lebih berkualiti.

Apabila semua generasi dalam pasukan bergerak seiring dan saling melengkapi, matlamat organisasi akan lebih mudah dicapai dengan hasil yang jauh lebih baik.

Apabila anda faham gaya komunikasi setiap generasi, mesej yang disampaikan lebih mudah difahami dan diterima – kurang salah faham, lebih cepat tindakan.

Mengurus staf mengikut keperluan dan kecenderungan umur mereka membantu membina hubungan yang lebih saling menghormati, tanpa prejudis atau ketegangan.

Apa Yang Anda Akan Belajar?

Ini adalah modul yang penting untuk dikuasai oleh anda para usahawan dan pengurus bisnes.

Modul 1:
Skill Bekerja Dengan Senior

Staf senior biasanya memiliki pengalaman luas, tetapi mereka mungkin lebih berhati-hati terhadap perubahan dan pemimpin yang lebih muda. Dalam modul ini, anda akan belajar cara:


✅ Berkomunikasi dengan penuh hormat tanpa merendahkan diri.
✅ Menggunakan kebijaksanaan mereka tanpa menimbulkan rasa tercabar.
✅ Membina kepercayaan agar mereka menyokong kepimpinan anda secara terbuka.

Modul 2:
Skill Bekerja Dengan Junior

Staf junior datang dengan semangat, idea segar dan kecenderungan kepada teknologi — tetapi sering dianggap kurang sabar dan kurang komitmen. Dalam modul ini, anda akan belajar cara:


✅ Menyalurkan semangat mereka kepada tugasan yang betul.
✅ Membimbing tanpa terlalu mengawal atau mematahkan semangat.
✅ Membentuk mereka menjadi aset jangka panjang dalam pasukan.

Modul 3:
Skill Bekerja Dengan Rakan Sebaya

Bekerja dengan rakan sebaya memerlukan ketangkasan emosi dan komunikasi. Cabarannya adalah apabila anda dinaikkan pangkat dan perlu mengarah orang yang dulunya ‘setaraf’. Dalam modul ini, anda akan belajar cara:


✅ Menetapkan sempadan profesional tanpa merosakkan hubungan peribadi.
✅ Memberi arahan tanpa menimbulkan rasa kecil hati atau ego.
✅ Menjadi pemimpin yang dihormati walaupun berusia sebaya.

Anda akan dibimbing oleh
trainer berkelayakan dan berpengalaman luas Dalam Bidang Kepimpinan

Puan Suhaili Ikhsan,

CEO Kumpulan Pendidikan ABS

Puan Suhaili Ikhsan, berkelulusan Ijazah Sarjana Kualiti dan Peningkatan Produktiviti, UKM dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Industri) dengan Kepujian, UKM.

Memulakan bisnes beliau sejak tahun 2000. Pada waktu itu beliau mengusahakan bisnes tadika dan pusat tuisyen sendiri.

Selama 14 tahun berkecimpung dalam bidang pendidikan dan pengasuhan awal kanak-kanak, beliau pernah menjadi jurulatih kepada ribuan pendidik awal kanak-kanak di seluruh negara.

Sejak 2010, beliau menumpukan keseluruhan usaha beliau untuk membantu pemilik perniagaan melalui kursus, program keusahawanan, seminar, serta personal coaching

Beliau kini dilantik sebagai CEO Kumpulan Pendidikan ABS yang dipengerusikan oleh Puan Ainon Mohd. 

Pada tahun 2017, kumpulan tersebut mencatatkan perkembangan sebanyak 222% daripada awal penubuhannya pada tahun 2015.

Puan Nurhidayah Jaafar,

Jurulatih Komunikasi
Dan Kepimpinan

Puan Nurhidayah Jaafar, merupakan konsultan dan jurulatih bertauliah dalam bidang komunikasi dan kepimpinan berpengalaman sejak 2012 hingga kini.

Sepanjang 11 tahun dalam bidang ini, beliau sudah melatih lebih 5,000 orang dalam sektor awam, korporat, badan sosial dan pasukan bisnes kecil.

Pada tahun 2017, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi, ABS Edu Consult PLT iaitu salah sebuah anak syarikat ABS Education Sdn. Bhd. 

Kini beliau fokus dalam bidang latihan dan perundingan. 

Pasukan beliau giat mengkaji dan membangunkan modul baharu untuk industri latihan kepimpinan, komunikasi dan pendidikan.

Aktif berkongsi di media sosial dan beliau sudah menulis 7 buah buku fizikal dan digital.

Boleh ikuti perkongsian beliau di Facebook dan Tiktok: Nurhidayah Jaafar.

Maklumat Sesi Kelas

Berikut merupakan maklumat penuh kursus

23 April (Rabu)

8.30 - 10.30 Malam

Zoom Meeting

Boleh Juga Dapatkan Rakaman

Bagi anda yang mahu ulang kaji atau takut terlepas sesi, boleh dapatkan Pakej Rakaman dengan tambahan RM30 sahaja.

PERCUMA: Group Discussion

Anda juga layak untuk dapat akses ke group support secara percuma.

1. Anda akan terima content berkaitan kepimpinan, membina pasukan hampir setiap hari.

2. Anda boleh bertanya soalan kepada orang yang betul, jurulatih kepimpinan bertauliah (20+ tahun pengalaman).

PILIH PAKEJ KELAS

Berikut merupakan pakej yang anda boleh pilih.

Pakej BASIC

Akses Kelas Sahaja
RM 69
  • TIADA Rakaman
  • Kelas Selama 2 Jam
  • Group Discussion

Pakej PLUS

Akses Kelas Beserta Rakaman
RM 99
  • ADA Rakaman
  • Kelas Selama 2 Jam
  • Group Discussion

Ada Sebarang Soalan?

Nak Tanya Atau Nak BAyar Manual?

Klik butang whatsapp di bawah untuk soalan dan bantuan.

Scroll to Top