Kelas Fizikal Berlangsung Pada
18 JUNE 2024 | TERHAD 10 SLOT

Hari
Jam
Minit
Saat

Middle Managers Masterclass 101

20% Teori | 80% Praktikal

Middle Managers Masterclass 101 memberi penekanan khusus kepada dua aspek penting dalam kepimpinan pertengahan: tingkah laku pemimpin yang efektif dan kemahiran komunikasi berpengaruh. Program ini akan membekalkan para peserta dengan kefahaman praktikal, pendekatan berasaskan kes, serta strategi komunikasi yang boleh terus diaplikasikan dalam konteks kerja sebenar mereka.

Situasi & Isu Kebanyakan ketua wanita

Majoriti ketua perempuan terdiri daripada kalangan Middle Managers.

Ini antara situasi & isu akibat daripada kelemahan sebagai seorang Middle Manager.

Kelebihan menyertai MASTERCLASS INI

Ini antara kelebihan apabila Ketua Perempuan Mahir Menjadi Seorang Middle Manager

Dapat mengenal pasti, menilai dan mengaplikasikan tingkah laku kepimpinan yang membina kepercayaan.

Meningkatkan keupayaan menyampaikan maklum balas yang membina dan berkesan.

Dapat berkomunikasi secara jelas dan meyakinkan, mengurus perbezaan pendapat dan membina hubungan kerja yang positif.

Meningkatkan kecekapan kerja, mendorong prestasi pasukan dan menyediakan persekitaran kerja yang dinamik.

Apa Yang Anda Akan Belajar?

Ini adalah 8 Modul Utama & 18 Sub Modul yang penting anda akan belajar dalam Kursus Fizikal — Middle Managers Masterclass ini.

MODUL 1 :
Asas Kepimpinan Berpengaruh & Transformasi

Modul ini bertujuan untuk membentuk mindset baharu di kalangan middle managers bahawa set kemahiran yang berbeza diperlukan apabila memimpin, khususnya dalam membina pengaruh, meneroka potensi diri, dan mendorong transformasi pasukan secara berkesan.

Sub Modul 1:
Ciri-ciri kepimpinan berpengaruh dan kepimpinan transformasi.

Menghuraikan ciri utama kepimpinan berpengaruh dan bagaimana pemimpin transformasi membina pasukan yang berkembang dan bermotivasi tinggi.

Sub Modul 2:
Asas menjadi ketua / pemimpin yang memberi pengaruh positif kepada pasukan.

Bukan sekadar menyuruh — pemimpin yang berpengaruh tahu cara memberi inspirasi dan membentuk minda pasukan. Anda akan pelajari prinsip asas membina hubungan, kepercayaan dan kesetiaan dalam pasukan.

Sub Modul 3:
Kenali potensi diri

Sebelum memimpin orang lain, anda mesti kenal kekuatan dan kelemahan diri. Sub modul ini membantu anda mengenal pasti gaya kepimpinan peribadi, potensi semula jadi dan ruang untuk berkembang.

Sub Modul 4:
Kepentingan kepimpinan transformasi ke atas motivasi, inovasi, dan produktiviti.

Kepimpinan yang betul boleh menjana perubahan besar dalam budaya kerja. Ketahui bagaimana gaya kepimpinan anda mempengaruhi semangat staf, daya cipta pasukan dan hasil organisasi.

MODUL 2 :
Membina Karisma Melalui 3V — Voice, Visual Dan Verbal.

Modul ini bertujuan untuk memperkasa middle managers dengan menaikkan karisma kepimpinan melalui suara (voice), penampilan dan bahasa tubuh (visual), serta gaya komunikasi lisan (verbal) yang meyakinkan dan berpengaruh.

Sub Modul 1:
Kesan 3V ke atas individu

Suara, gaya komunikasi dan penampilan anda membentuk persepsi pasukan terhadap kredibiliti anda. Sub modul ini menjelaskan bagaimana 3V mencerminkan tahap keyakinan dan wibawa kepimpinan.

Sub Modul 2:
Kuasai suara yang bertenaga dan meyakinkan

Nada, irama dan tekanan suara memainkan peranan penting dalam meyakinkan orang bawahan. Ketahui teknik menggunakan suara secara profesional agar lebih dihormati dan didengari.

Sub Modul 3:
Meningkatkan kredibiliti melalui ekspresi wajah, postur dan bahasa tubuh yang terkawal.

Pemimpin dilihat terlebih dahulu sebelum didengari. Sub modul ini mengajar anda bahasa tubuh kepimpinan – bagaimana berdiri, ekspresi muka dan gerak badan yang memancarkan keyakinan dan ketegasan.

Sub Modul 4:
Mengubah gaya bahasa eksekutif kepada gaya bahasa ketua.

Gaya komunikasi yang terlalu umum atau pasif boleh mengurangkan pengaruh anda. Pelajari cara membentuk gaya bahasa yang tegas, profesional dan ‘berbunyi seperti ketua’ dalam setiap perbualan.

MODUL 3 :
Aplikasi Kepimpinan Berpengaruh Dalam Memberi Arahan

Modul ini meningkatkan kemahiran memberi arahan yang berkesan kepada middle managers. Teknik memberi arahan yang jelas, berkesan dan berpengaruh akan dapat meningkatkan keberkesanan pasukan dan memastikan pencapaian objektif organisasi.

Sub Modul 1:
Faktor-faktor yang menyebabkan arahan tidak berkesan.

Kenal pasti sebab sebenar kenapa staf tidak patuhi arahan. Sub modul ini membongkar kesilapan komunikasi, masa dan gaya penyampaian yang menjadikan arahan kurang berkesan.

Sub Modul 2:
Perbandingan arahan yang berkesan vs tidak berkesan.

Ketahui perbezaan nyata antara arahan yang difahami serta dipatuhi, berbanding arahan yang mengelirukan. Analisis kesan bahasa, struktur dan nada yang digunakan.

Sub Modul 3:
Teknik memberi arahan yang jelas dan berstruktur.

Belajar langkah-langkah penting dalam menyusun arahan supaya ia spesifik, mudah difahami dan mampu dilaksanakan oleh staf tanpa kekeliruan.

Sub Modul 4:
Membina skrip arahan berkesan.

Latih diri anda untuk membina skrip atau contoh ayat arahan yang boleh terus digunakan dalam pelbagai situasi harian kerja.

Sub Modul 5:
Kesan arahan ke atas kecemerlangan organisasi.

Arahan yang baik bukan sahaja mempercepat kerja, tetapi membentuk budaya kerja yang lebih cekap. Pelajari bagaimana komunikasi arahan anda mempengaruhi imej dan hasil jabatan.

MODUL 4 :
Aplikasi Kepimpinan Berpengaruh Melalui Teknik Teguran Yang Tidak Mencederakan Emosi

Modul ini bertujuan untuk membantu middle managers menguasai teknik menegur dengan cara yang berhemah dan berkesan, agar teguran dapat memperbaiki tingkah laku tanpa menjejaskan motivasi dan hubungan dalam pasukan.

Sub Modul 1:
Kesilapan menegur yang mencetuskan penolakan atau konflik.

Teguran yang tidak kena cara boleh merosakkan hubungan kerja. Sub modul ini mengenal pasti gaya teguran yang menyebabkan staf menjauh, enggan berubah atau berdendam.

Sub Modul 2:
Jenis-jenis kesilapan yang tidak perlu ditegur.

Bukan semua kesalahan perlu ditegur. Ketahui batas dan pertimbangan bila sesuatu kesilapan boleh diabaikan demi fokus kepada isu yang lebih penting.

Sub Modul 3:
Ayat teguran yang menjauh vs ayat teguran yang mendorong perubahan tingkah laku.

Bandingkan contoh sebenar ayat teguran yang menyakitkan dengan ayat yang membuka hati untuk berubah. Fokus kepada pengaruh emosi dalam komunikasi.

Sub Modul 4:
Teknik menegur yang menjaga maruah dan emosi.

Belajar teknik komunikasi teguran yang tegas tetapi tidak memalukan, dan tetap menjaga kehormatan staf supaya mereka menerima dengan terbuka.

Sub Modul 5:
Membina Skrip teguran yang berkesan dan berpengaruh.

Latihan membina skrip teguran sebenar yang boleh digunakan secara langsung dalam situasi kerja — mudah, sopan, dan tetap memberi kesan.

Semua modul ini berdasarkan buku rujukan utama termasuk:

  1. Ainon Mohd. (2021). Lead like Muhammad. PTS Publishing House.
  2. Goleman, D. (2021). Emotional intelligence: Why it can matter more than IQ (25th anniversary ed.). Bantam Books.
  3. Hayward, J. (2021). The leadership of Muhammad: A historical reconstruction. Kube Publishing.
  4. Kouzes, J. M., & Posner, B. Z. (2023). The leadership challenge: How to make extraordinary things happen in organizations (7th ed.). Jossey-Bass.
  5. Maxwell, J. C. (2023). The charismatic leader: 21 skills to connect with people. HarperCollins Leadership.

Anda akan dibimbing oleh
trainer berkelayakan dan berpengalaman luas Dalam Bidang Kepimpinan

Puan Suhaili Ikhsan,

CEO Kumpulan Pendidikan ABS

Puan Suhaili Ikhsan, berkelulusan Ijazah Sarjana Kualiti dan Peningkatan Produktiviti, UKM dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Industri) dengan Kepujian, UKM.

Memulakan bisnes beliau sejak tahun 2000. Pada waktu itu beliau mengusahakan bisnes tadika dan pusat tuisyen sendiri.

Selama 14 tahun berkecimpung dalam bidang pendidikan dan pengasuhan awal kanak-kanak, beliau pernah menjadi jurulatih kepada ribuan pendidik awal kanak-kanak di seluruh negara.

Sejak 2010, beliau menumpukan keseluruhan usaha beliau untuk membantu pemilik perniagaan melalui kursus, program keusahawanan, seminar, serta personal coaching

Beliau kini dilantik sebagai CEO Kumpulan Pendidikan ABS yang dipengerusikan oleh Puan Ainon Mohd. 

Pada tahun 2017, kumpulan tersebut mencatatkan perkembangan sebanyak 222% daripada awal penubuhannya pada tahun 2015.

Puan Nurhidayah Jaafar,

Jurulatih Komunikasi
Dan Kepimpinan

Puan Nurhidayah Jaafar, merupakan konsultan dan jurulatih bertauliah dalam bidang komunikasi dan kepimpinan berpengalaman sejak 2012 hingga kini.

Sepanjang 11 tahun dalam bidang ini, beliau sudah melatih lebih 5,000 orang dalam sektor awam, korporat, badan sosial dan pasukan bisnes kecil.

Pada tahun 2017, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi, ABS Edu Consult PLT iaitu salah sebuah anak syarikat ABS Education Sdn. Bhd. 

Kini beliau fokus dalam bidang latihan dan perundingan. 

Pasukan beliau giat mengkaji dan membangunkan modul baharu untuk industri latihan kepimpinan, komunikasi dan pendidikan.

Aktif berkongsi di media sosial dan beliau sudah menulis 7 buah buku fizikal dan digital.

Boleh ikuti perkongsian beliau di Facebook dan Tiktok: Nurhidayah Jaafar.

Maklumat Tentang Masterclass

Berikut merupakan maklumat penuh kursus

18 June ( Rabu )

9 Pagi - 4 Petang

Lokasi Akan Dipersetujui Bersama

BONUS 1 :
Sesi Coaching Follow Up Sebulan Selepas Kelas Fizikal Secara Online

BONUS 2 :
Kelas Online Topik Mendorong Staff Dengan Ganjaran Sosial

Pilih Pakej Masterclass Yang Sesuai

Berikut merupakan pakej yang anda boleh pilih.

Pakej Masterclass SOLO

RM 300 / seorang
  • TIADA Diskaun RM50
  • Sijil Penyertaan Di Akhir Program
  • MODUL 1 : Asas Kepimpinan Berpengaruh dan Tansformasi
  • MODUL 2 : Membina Karisma Melalui 3V – Voice, Visual dan Verbal
  • MODUL 3 : Aplikasi Kepimpinan Berpengaruh Dalam Memberi Arahan
  • MODUL 4 : Aplikasi Kepimpinan Berpengaruh Melalui Teknik Teguran Yang Tidak Mencederakan Emosi
  • BONUS 1 : 1 Sesi Coaching Follow Up (Online)
  • BONUS 2 : Topik Mendorong Staff Dengan Ganjaran Sosial (Online)

Pakej Masterclass GROUP

PENTING! Mesti Berdaftar Daripada Syarikat Yang Sama Sahaja
RM 250 / seorang
  • DISKAUN RM50 Setiap Seorang
  • Sijil Penyertaan Di Akhir Program
  • MODUL 1 : Asas Kepimpinan Berpengaruh dan Tansformasi
  • MODUL 2 : Membina Karisma Melalui 3V – Voice, Visual dan Verbal
  • MODUL 3 : Aplikasi Kepimpinan Berpengaruh Dalam Memberi Arahan
  • MODUL 4 : Aplikasi Kepimpinan Berpengaruh Melalui Teknik Teguran Yang Tidak Mencederakan Emosi
  • BONUS 1 : 1 Sesi Coaching Follow Up (Online)
  • BONUS 2 : Topik Mendorong Staff Dengan Ganjaran Sosial (Online)

Ada Sebarang Soalan?

Nak Tanya Atau Nak BAyar Manual?

Klik butang whatsapp di bawah untuk soalan dan bantuan.

Scroll to Top