Majoriti businesswoman yang berjaya adalah perempuan-perempuan yang memiliki ciri-ciri personaliti perempuan alpha.
Pakar-pakar psikologi menerangkan ciri-ciri personaliti yang disebut dengan istilah alpha females:
1. Mereka tidak takut menjadi perhatian orang. Mereka tidak menolak untuk duduk di barisan depan.
2. Mereka konfiden dengan bakat, kemampuan, dan kelebihan yang ada pada diri mereka. Itu yang menjadikan mereka sumber inspirasi kepada orang-orang di bawah pimpinannya.
3. Mereka mempunyai target yang jelas yang mahu dicapai, dan mereka bercita-cita besar.
4. Mereka suka dan selesa mempengaruhi orang-orang lain, itu yang membuatkan mereka mempunyai pasukan kerja, kelompok penyokong, pengagum dan pengikut.
5. Mereka itu dilahirkan dengan bakat memimpin dan menjadi ketua. Mereka pandai membina pasukan-pasukan kerja, penyokong, pendukung, dan pengikut.
6. Mereka selesa memiliki daya pengaruh, karisma dan kuasa. Dengan kuasa itu mereka dapat mengajak, mendorong, mengawal, mengurus, membaeiskan, dan mengatur orang-orang di bawah pengaruhnya dalam mencapai tujuan.
7. Mereka mampu mendorong orang-orang di bawah pimpinannya berubah menjadi individu yang lebih baik dan lebih berjaya.
8. Mereka itu kompetitif, suka menang dengan cara-cara yang adil dan baik, yakni mereka suka dan seronok bersaing. Persaingan memberi tenaga dan semangat kepada mereka.
9. Apabila diperlukan, mereka boleh bersikap agresif, tidak takut pada cabaran, tidak takut berdepan dengan tentangan, berani menangani konflik dan permusuhan.
10. Mereka mahu diri mereka dihormati bukan sebagai perempuan melainkan sebagai individu yang layak dan berhak dihormati.
11. Mereka selesa menerima hakikat bahawa mereka adalah perempuan dengan ciri-ciri alfa.
JEMPUT DAFTAR PRIVATE CIRCLE KETUA PEREMPUAN

